Pengenalan

Kuching Skills College ditubuhkan pada tahun 2016

sebagai kolej kemahiran swasta bertaraf antarabangsa pertama di Sarawak yang menawarkan program dalam bidang hospitaliti, khususnya seni kulinari. Kuching Skills College telah menerima penarafan 5 bintang daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2019.

Visi

Menjadi pusat latihan kemahiran terkemuka yang melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam pelbagai industri.

Misi

  1. Menyediakan program latihan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan industri semasa dan masa hadapan.
  2. Membantu pelajar memperoleh kemahiran praktikal dan teori yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka.
  3. Berkolaborasi dengan industri untuk memastikan program latihan selaras dengan keperluan pekerjaan sebenar.
  4. Menerapkan nilai profesionalisme, inovasi, dan keusahawanan dalam setiap program yang ditawarkan.
  5. Membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Matlamat

Bagi mencapai objektif tersebut, perkongsian pintar dengan pakar industri yang berkaitan, institusi pendidikan dan latihan diwujudkan. Bagi pembangunan modal insan, Kuching Skills College bekerjasama rapat dengan kerajaan dan sektor swasta untuk melengkapkan para pelatih kami dengan kemahiran yang diperlukan dalam memenuhi keperluan pasaran kerja. Sehubungan dengan itu, Kuching Skills College telah mengambil pendekatan baru dalam pendidikan dengan mengguna pakai pendekatan yang berasaskan latihan kompetensi dengan menyediakan latihan pelajar dan menempatkan mereka di pasaran kerja. Objektifnya adalah untuk melahirkan lebih ramai pekerja berpengetahuan dan juga untuk memenuhi permintaan industri.

Program

Sijil Kemahiran Malaysia

Food Preparation and Production Level 2

Kod Program:

I561-005-2:2022

Tempoh Pengajian:

38 minggu

Kerangka Program:

  • Practise Kitchen Hygiene and Safety Procedure.
  • Perform Vegetable and Potato Cuts.
  • Perform Cooking Methods.
  • Produce Stocks.
  • Produce Thickening Agents.
  • Produce Mother Sauces.
  • Produce Soups (Basic)
  • Produce Vegetable Dishes.
  • Produce Salads.
  • Produce Appetizers.
  • Produce Sandwiches.
  • Produce Breakfast Dishes.
  • Produce Coupe Desserts.

Sijil Kemahiran Malaysia

Culinary Arts Operation Level 3

Kod Program:

I561-005-3:2022

Tempoh Pengajian:

38 minggu

Kerangka Program:

  • Monitor Kitchen Hygiene and Safety Procedure.
  • Produce Salad Dressings.
  • Produce Sauces.
  • Produce Soups (Intermediate).
  • Produce Potato Dishes.
  • Produce Rice and Farinaceous.
  • Produce Noodles.
  • Produce Pasta.
  • Produce Main Course Dishes.
  • Produce Plated Dessert.

Syarat Kemasukan

  • Lepasan sekolah yang berkebolehan dalam MEMBACA, MENGIRA dan MENULIS
  • Lepasan UPSR/PMR/PT3/SPM (Gagal atau kurang kredit)/STPM/Institusi lain yang setaraf.
  • Had umur dari 15 hingga 45 tahun

Kelebihan KSC

  1. 95 peratus peluang kerja melalui hubungan erat dengan industri
  2. Latihan intensif terdiri daripada 60% praktikal, 30% teori dan 10% latihan industri.
  3. Kolej TVET pertama di Malaysia dengan program pembelajaran TVET secara HYBRID (bersemuka dan online)
  4. Fasiliti dan infrastruktur yang lengkap dan terkini.
  5. Berkolaborasi dengan universiti tempatan dan luar negara
  6. Tempat latihan industri yang ternama
  7. Tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam industri, terutamanya dalam industri seni kulinari.
  8. Jadual waktu pembelajaran yang fleksibel untuk pelatih yang ingin bekerja sambil belajar.
  9. Sijil yang diiktiraf – Program yang ditawarkan di KSC mendapat pengiktirafan dari badan profesional dan industri berkaitan.
  10. Pelbagai pilihan pembiayaan, termasuk pinjaman (Pinjaman Tabung Pembangun Kemahiran) tersedia bagi pelajar yang layak.
  11. Komuniti pelajar yang aktif – Aktiviti kokurikulum dan kelab membantu pelajar membina kemahiran insaniah dan rangkaian profesional.
  12. Lokasi strategik – Terletak di kawasan yang mudah diakses dengan kemudahan pengangkutan awam.

Testimoni Alumni

Kerjasama Hostel

Kwang Tai Property Management

Van PERCUMA untuk pergi dan ambil daripada Hostel ke Kuching Skills College.

Fully Furnished
  • Wardrobe
  • Bedframe
  • Study Desk & Chair
  • Ceiling Fan
  • Curtain
  • Water Heater for Shower
  • Laminated Flooring
  • Air-Conditioner (Optional)
Kitchen & Laundry
  • Refrigerator & Electric Stove
  • Hot Water Dispenser
  • Water Filter
  • Kitchen Cabinet
  • Dining Table & Chair
  • Washing Machine (Subject to availability)
  • Drying Racks

FAQ

Pendaftaran dan Kemasukan

Anda boleh mendaftar secara dalam talian dengan menghubungi kaunselor pendidikan kami (010-5523101) atau datang terus ke kampus untuk mendapatkan borang pendaftaran.

9 bulan Tahap 2. 12 bulan Tahap 3 (9 bulan di KSC, 3 bulan Latihan Industri).

Berumur 15-45 tahun dan menguasai 3M (Menulis, Membaca & Mengira)

Kami menawarkan program kemahiran Seni Kulinari (Food Preparation & Production)

Pendaftaran dan Kemasukan

Ya, kami mempunyai pusat bimbingan kerjaya yang membantu pelajar dalam mencari pekerjaan dan menjalankan latihan industri dengan syarikat berkaitan.

Ya, program kami diiktiraf oleh badan-badan akreditasi tempatan dan selaras dengan keperluan industri.KSC.

Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Ya, kami bekerjasama dengan agensi seperti PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran) untuk bantuan kewangan kepada pelajar yang layak.

Ya. Anda boleh memilih sama ada hendak mengambil elaun sara diri RM600 atau tidak.

Ya. Anda boleh memilih sama ada hendak mengambil elaun sara diri RM600 atau tidak.

Lain-Lain

Ya, kami menyediakan kemudahan hostel untuk pelajar dari luar kawasan dengan kerjasama Kwang Tai Management Property.

Kami menyediakan kemudahan seperti bengkel latihan, kelas teori dan hostel pelajar.

Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Bentuk pinjaman yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada para pelatih sepanjang tempoh kursus di sini. Sama seperti pinjaman PTPTN juga pelatih kena bayar balik semua pinjaman selepas 6 bulan tamat belajar nanti.

Syarat - Syarat Pinjaman :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 2 hingga Tahap 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  3. Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun
  4. Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain
  5. Belajar sepenuh masa mengikut tempoh yang telah ditetapkan
  6. Mengemukakan seorang penjamin